Thursday, July 29, 2010

Dua Taubatan Nasuha ..ALLAH!!!....

Perjuangan Yang Belum Selesai


perjuangan kita belum selesai...
hanya yang cekal dan tabah akan berjaya!!!

Tuesday, July 27, 2010

Ya Allah..Berkati,Rahmati Dan Redhai lah aku dalam segala amal perbuatan ku ini,Jadikan lah aku dalam golongan orang2 yang bertaqwa......amin....


10 gangguan syaitan ketika solat

10 gangguan syaitan ketika kita menunaikan solat lima waktu sehari semalam.Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah Taala.

Antara gangguan itu adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkanny a. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.


Pandangan Hati by Amal Rahman (FB)..Syukran Tuan...

Sunday, July 25, 2010

Selimut Putih ...


BHS sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat bapak Abdullah bin Mubarak, ...Al-Fatihah...salam takziah buat kamu Im dan mai, anak-anak den seluruh ahli keluarga sekelian...semoga tabah dan permudahkan segala urusan oleh ALLAH subhanahu wata'la...ALLAH...

WALI BAND-TAUBAT MAKSIAT(TOMAT)


salam Ramadhan yang bakal tiba dalam beberapa belas hari lagi...

Wednesday, July 21, 2010

Open Your Eye ....


Kepada Sharifah Hashimah sahabat baking BHS ini...Syukran BHS ucapkan...kalbu BHS benar-benar tersentuh , ALLAH!!!....walau di mana kamu berada Sharifah Hashimah, BHS tetap terkenang budi baik kamu terhadap kakak mu ini....Alhamdulillah....

Tuesday, July 20, 2010

KEBAIKAN SOLAT DI AWAL WAKTU...

KEBAIKAN SOLAT DIAWAL WAKTU

Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita (tak payah lah jumpa Dr Ismail Tamby)


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

kiriman dari
rofina ruvis ex-ti dan fadillah kassim dapur emak...syukran sahabat...

50 tanda orang munafik menurut AL_QURAAN dan SUNNAH

50 tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan sunnah, di antaranya ialah :

Malas beribadah kepada allah.

Lupakan kepada allah.

Lalaikan solat fardhu.

Mempercepatkan mengerjakan solat.

Gemar meninggalkan solat berjamaah.

Meninggalkan solat jumaat.

Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.

Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.

Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.

Mengamalkan riak.

Hasad dengki.

Dusta.

Mungkir janji.

Bakhil.

Fitnah.

Mencaci maki.

Mengumpat.

Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.

Mengengkari Takdir allah.

Mempersendakan kesucian Agama.

Enggan berjihad dijalan allah.

Menghina sahabat Rasullah.

Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.

Menangguhkan pembayaran Hutang.

Menipu dalam jual beli.

Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).

Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.

Memakan harta anak yatim.

Membuka rahsia orang lain.

Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.

Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.

Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.

Bermuka dua (talam dua muka).

Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

Sombong antara sesama manusia.

Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.

Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.

Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

Keluh kesah apabila ditimpa musibah.

Menghianati sesuatu amanah.

Memutuskan hubungan silaturahim.

Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.

Menghalalkan perkara yang haram.

Membuat kerosakan dimuka bumi.

Menuduh orang beriman bodoh.

Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.

Bersumpah dengan selain nama Allah.

Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.


rujukan

http://www.ustaznoramin.com/2010/07/50-tanda-orang-munafik-dalam-al-quran.html

Hisham Abbas - Asma2 Allah El Hosna


terima kasih D...

Friday, July 16, 2010

Tiada Yang Kekal - Melainkan ALLAH...


Yes, lagu kegemaran BHS dulu kini dan selamanya....use to minat Sharifah Aini before..but now..hi hi..sikit-sikit je...

"kecantikan parasmu
akan hilang bila sampai waktu
dari itu jangan rasa bangga
itu semua tak tahan lama
melainkan ALLAH

hari ini hidup mu senang
kawan saudara keliling pinggang
bila kau susah diri terlantar
tiada siapa untuk kau mengadu
melainkan ALLAH

ingat la semua insan insani
kita makhluk ciptaan ilahi
harus selalu menginsaf diri
sebelum tiba saat ajali...ALLAH"

Tuesday, July 13, 2010

Kala Subuh


ibadah ku hanya untuk mu
ku sebut nama mu ALLAH HU AKHBAR
ku harap padamu semata

Monday, July 12, 2010

Ilmu


ingatan ini buat anak anak mak...begitu juga mak dan ayah....

Wednesday, July 7, 2010

Monday, July 5, 2010

Rindu pada mu ya Muhammad Rasulullah....


yang mulia yang mulia yang mulia Rasulullah
diutuskan ALLAH memimpin umatnya
kejalan bahagia
jalan yang sempurna

YA MUHAMMAD RASULULLAH...
penyuluh umat yang mulia
mengenalkan kita akan ALLAH
mengajarkan kita ajarannya
menerangkan semua syariat
membawa hidup kita selamat

Tiada Yang Kekal


tiada manusia yang kekal
yang kekal untuk selama
akhirat lah jua
tempatnya untuknya semua

Disebut Jangan diKenang Jangan


ku rela dilupakan
ku di umpat jangan
di kenang jangan
di sebut di ingat jangan....

Umpan Jinak Di Air Tenang ...bila orang lama mula berpesan...



"wajah yang indah ditatap saja
hati yang satu di gadai jangan
kasih dan budi bukan mainan
tergadai hati jiwa tebusan"...

Saturday, July 3, 2010

Sahabat Sejati


exorcism09 :
Khas buat sahabat2 sejati ku.. Semoga ukhwah berkekalan..

Hijjaz-Kawan


ingatlah pada rasul mulia
lebih tersiksa menderita

Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman


memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabat ku kau teman sejati

Rabbani - Setanggi Kasih



Hulurkan salam, bersyukur kepada Tuhan...