Monday, May 31, 2010

Wahai suami......dengarkan rintihan si suri hati.....


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...

Kau ampunilah dosaku yang telah aku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniaknlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranmu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

YA ALLAH

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu Di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianmu
Kurniakanlah aku dengan sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di Duniamu
Peliharalah tingkah laku kata-kata ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berikanlah aku kesabaran untuk manghadapi segala kerenah dan ragamnya

BISMILLAH HIRRAHMA NIIRAHIM

...TETAPI YA ALLAH.....

Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Engkau tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dgn keindahan duniaMu
Limpahkan aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Limpahkanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kuatkanlah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

YA ALLAH

Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatmu

YA ALLAH

sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa BimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

YA ALLAH

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

YA ALLAH YA TUHANKU

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
isteri yang soleha
isteri yang sentiasa di hati

Amin Amin Amin Ya Rabbal Allamin....

syukran marshitah

No comments:

Post a Comment