Sunday, June 6, 2010

Abah mesti pantang makan ya...boleh balik rumah cepat...


ssshhh...Abah BHS sedang tidur masa BHS sampai ke biliknya...Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh abah...BHS datang lawat Abah ni..



masa Abah sedang tidur, BHS terus berkenalan dengan jiran sebelah katil abah, Kak Mas namanya...suami dia yang sakit..Kak Mas suggest BHS belikan susu dan biskut ni buat bekalan abah...Insha ALLAH Kak Mas



Time untuk Abah minum petang, waktu ni abah dah bangun dari tidur...dan dia tak henti-henti bercakap...BHS tahu dia rindu dengan anaknya ini....BHS apatah lagi...I LOVE U SO MUCH ABAH!!!...




Sebelum makan malam, Abah beritahu dia nak tukar kedudukan katilnya, area yang ada terlalu kuat hawa dinginnya...permintaan abah di dengari...sejurus kemudian nurse datang membantu...terima kasih nurse...



Lihat, abah dah selesa...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
sebenarnya abah duduk empat sebilik..cuma ada dua patient sahaja di kala ini..


di tepi pintu masuk utama, BHS nampak frame ni...mmm...
pukul 7.30 malam BHS sefamily, adik-adik, ipar duai, anak-anak saudara yang sejuk mata memandang serta mak BHS pun beredar, kalau ikut hati nak tinggal lama lagi...rupanya di luar pegawai bertugas sudah menunggu memastikan pesakit berehat tanpa di ganggu tetamu...kami balik dulu Abah, besok kami datang lagi..malam esok mak akak temankan abah tidur di hospital ya...itu permintaan abah....Abah, BHS terlampau sayang abah, walaupun perwatakan abah garang dan sememangnya garang dari dulu sampailah sekarang, BHS tetap sayang abah setiap saat dan ketika...rindu sama abah sentiasa di hati BHS...

Lokasi:
Hospital Kuala Lumpur
Tingkat 4 Wad 21
6-6-2010

2 comments:

  1. Salam Kak Tun,
    Doa saya moga abah kak tun cepat sembuh... alhamdulillah, abah sentiasa berzikir.

    ReplyDelete
  2. BHS to Zie

    Salam Zie,

    Terima kasih Zie sama-sama turut merasakan penderitaan yang abah tanggung...sudah beransur pulih unless dia rajin pantang..memudahan dia dapat bertahan ...terima kasih sekali lagi Zie...

    ReplyDelete