Showing posts with label MAK DAN ABAH. Show all posts
Showing posts with label MAK DAN ABAH. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Abah mesti pantang makan ya...boleh balik rumah cepat...


ssshhh...Abah BHS sedang tidur masa BHS sampai ke biliknya...Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh abah...BHS datang lawat Abah ni..



masa Abah sedang tidur, BHS terus berkenalan dengan jiran sebelah katil abah, Kak Mas namanya...suami dia yang sakit..Kak Mas suggest BHS belikan susu dan biskut ni buat bekalan abah...Insha ALLAH Kak Mas



Time untuk Abah minum petang, waktu ni abah dah bangun dari tidur...dan dia tak henti-henti bercakap...BHS tahu dia rindu dengan anaknya ini....BHS apatah lagi...I LOVE U SO MUCH ABAH!!!...




Sebelum makan malam, Abah beritahu dia nak tukar kedudukan katilnya, area yang ada terlalu kuat hawa dinginnya...permintaan abah di dengari...sejurus kemudian nurse datang membantu...terima kasih nurse...



Lihat, abah dah selesa...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
sebenarnya abah duduk empat sebilik..cuma ada dua patient sahaja di kala ini..


di tepi pintu masuk utama, BHS nampak frame ni...mmm...
pukul 7.30 malam BHS sefamily, adik-adik, ipar duai, anak-anak saudara yang sejuk mata memandang serta mak BHS pun beredar, kalau ikut hati nak tinggal lama lagi...rupanya di luar pegawai bertugas sudah menunggu memastikan pesakit berehat tanpa di ganggu tetamu...kami balik dulu Abah, besok kami datang lagi..malam esok mak akak temankan abah tidur di hospital ya...itu permintaan abah....Abah, BHS terlampau sayang abah, walaupun perwatakan abah garang dan sememangnya garang dari dulu sampailah sekarang, BHS tetap sayang abah setiap saat dan ketika...rindu sama abah sentiasa di hati BHS...

Lokasi:
Hospital Kuala Lumpur
Tingkat 4 Wad 21
6-6-2010

Friday, June 4, 2010

sian abah

ini gambar kenangan Abah sama Mak masa buat kerja haji



Abah dekat Hospital Kuala Lumpur sekarang 4 June 2010 hari Jumaat pagi, mak temankan dan bila malam mak balik .....BHS berdoa agar abah lekas sembuh dan boleh balik ke rumahnya...Abah duk kat hospital kejap ya, kat hospital ada doktor...ni dah malam Abah tidur dan rehat betul-betul..anak Abah tak henti berdoa...amin amin amin ya rabbal 'allamin...

Sunday, April 18, 2010

the sacred journey...


terkenang abah dan mak BHS, gambar ni masa depa sudah pun selesai buat haji....la ni abah BHS dah tak berapa sehat, mak ok aje...sayang kat depa sangat-sangat....